AIDIL-ADHA@SINAR FM


TITLE: AIDIL-ADHA@SINAR FM
WEBSITE/URL: http://www.sinar.fm/khas/aidiladha/
METHOD: Call
DESCRIPTION:
Hari Raya Aidil Adha menjelang tiba. Kali ini kami memberikan sesuatu yang istimewa untuk anda sempena hari raya korban yang mulia ini.

Ya, Sepanjang bulan November ini SINAR FM memberi peluang untuk anda dan orang kampung anda meraikan Aidil Adha bersama penyampai-penyampai kami sambil melaksanakan korban sempena Hari Raya yang mulia ini.

Kami akan memilih 5 kampung/taman bertuah di peringkat akhir untuk menerima seekor lembu setiap kampung/taman. Upacara korban bakal diadalan di sekitar masjid mahupun surau di kampung/taman yang terpilih. Acara korban ini juga bakal disaksikan sekali oleh penyampai kami.

Bagaimana caranya?

Apa yang anda harus lakukan adalah dengan mencalonkan nama kampung/taman di mana anda tinggal. Anda boleh mencalonkan nama kampung/taman anda dengan cara:

1. Di Udara
Anda boleh mencalonkan kampung anda dengan menelefon penyampai SINAR FM yang sedang bertugas bermula bermula 10 November ini. Talian telefon kami adalah 03-95432000.


2. Secara Online
Di dalam laman web kami, http://www.sinar.fm/ isikan ruangan yang disediakan seperti nama anda, alamat rumah, nombor telefon dan sebab mengapa kami perlu memilih kampung anda sebagai lokasi sambutan Aidil Adha tahun ini. Pastikan maklumat yang diberi adalah tepat.

Cepat! Daftarkan nama kampung/taman anda sekarang!

Related Posts by Categories



0 comments: