Drama sebabak Era - Edisi Khas


TITLE: Drama sebabak Era - Edisi Khas
PRIZE: Wang tunai berjumlah sehinga RM 50,000!
DEADLINE: 13 Mac 2009
WEBSITE/URL: http://www.era.fm/oap/09/era_brands/default.asp
METHOD: Call Era.FM + Show your talent

DESCRIPTION:
Setelah kian lama mengikuti drama radio bersama Aznil dan Din Beramboi, kini tiba giliran anda pula untuk menjadi pelakon radio!

Jadilah pemanggil terpilih dalam segmen Pagi ERA bersama Aznil dan Din Beramboi untuk peluang menjadi raja lakon ERA dan peluang memenangi wang tunai berjumlah sehinga RM 50,000!

Pada 14 Mac 2009 di Kuala Lumpur, bersedialah untuk bertarung dengan pemenang harian yang lain dalam pusingan peringkat akhir lakonan radio terhebat di Kuala Lumpur. Kagumilah pengadil selebriti dengan lakonan terbaik anda untuk muncul sebagai juara Drama Sebabak Edisi Khas @ ERA!

Naib juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000 sementara peserta-peserta lain akan dihadiahkan dengan wang tunai berjumlah RM 1,000 setiap satu.

Dari jam 10 pagi hingga 8 malam, anda juga berpeluang memenangi Album Drama Sebabak eksklusif dan T-shirt Riuh Pagi hanya dengan menelefon talian ERA 03-9543 5555 dan berikan lakonan ujibakat terbaik anda!

Dari 23 Februari 2009 hingga 13 Mac 2009, undilah peserta kegemaran anda menerusi SMS:
Taip DS nama peserta & hantar ke 32555

Datanglah beramai-ramai pada 14 Mac 2009 dengan 2 X penutup Pati Ayam BRAND's 70ml untuk peluang memenangi hadiah cabutan bertuah! (*Terhad kepada 1,000 pendengar pertama sahaja)

Kejarlah juga Skuad ERA untuk sampel Pati Ayam BRAND's percuma di lokasi Skuad mulai 16 Februari 2009.


Jangan lepaskan peluang ini!

Related Posts by Categories



0 comments: