Rumah Idaman Berita Minggu


TITLE: Rumah Idaman Berita Minggu
PRIZE: Hadiah bernilai lebih RM250,000 - Wang tunai, cat, set sofa dan barangan elektrik.
DEADLINE: 25 Januari 2009
WEBSITE/URL: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081029095218/Article/index_html
METHOD: Photo + Mail

DESCRIPTION:
KUALA LUMPUR: Pembaca setia akhbar Berita Minggu berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM250,000 menerusi pertandingan Rumah Idaman Berita Minggu yang dianjurkan akhbar mingguan itu bermula Ahad ini.

Pertandingan yang diadakan buat kali kedua itu mendapat tajaan daripada ICI Paints (Malaysia) Sdn Bhd (ICI) selaku penaja utama serta Advanced Electronics (M) Sdn Bhd (ECE) dan Fella Sales and Services Sdn Bhd (Fella Design) sebagai penaja bersama.

Peserta boleh mendapatkan borang penyertaan pertandingan yang berlangsung sehingga 25 Januari depan di akhbar Berita Minggu dan pelbagai hadiah menarik menunggu mereka termasuk wang tunai, cat, set sofa dan barangan elektrik.

Menurut Penolong Pengarang Berita Minggu, Norhayati Said, pembaca perlu mengirimkan tiga gambar bahagian dapur, ruang tamu dan bilik tidur utama rumah mereka untuk diadili juri profesional.

“Setiap minggu, empat pemenang akan diumumkan dan melayakkan mereka untuk dipilih pada peringkat akhir,” katanya pada majlis penyerahan tajaan pertandingan berkenaan di Balai Berita, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail; Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mustapa Omar; Pengarang Eksekutif (Berita) Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail.

Turut hadir, Pengarah Urusan ICI, Goh Cheok Weng; Pengarah Perniagaan ICI, Meng Soo Ho; Ketua Pegawai Operasi ECE, Mohd Zamri Zainal dan Pengurus Operasi Fella Design, Yu Kong Cing.

Menurutnya, pertandingan berkenaan dibahagikan empat kategori iaitu rumah teres satu, dua atau tiga tingkat termasuk ‘town house’; rumah tradisional; flet/apartmen/kondominium serta rumah banglo dan berkembar (semi D).

“Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan menggunakan borang asal dan gambar boleh dikirim dengan menggunakan format cakera padat (CD) atau kepingan gambar,” katanya.

Berlainan dengan tahun lalu, beberapa perubahan dilakukan termasuk dari segi penjurian di mana ia dilakukan sepenuhnya oleh juri profesional berbanding tahun lalu yang menggunakan 50 peratus undian SMS.

Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan borang penyertaan dalam akhbar Berita Minggu dan rumah yang terpilih akan disiarkan di ruangan Hias dalam sisipan BM2 akhbar berkenaan.

Related Posts by Categories



0 comments: